Wednesday, 14 March 2018

Patah Tangan Accident Naik Motor (Tulang Humerus)

Assalamualaikum..

Hari ini baru ada masa nak tulis pengalaman aku accident last month. Aku naik  motor nak pergi kerja lalu highway NKVE nak ke PJ and then masa nak tukar lorong tu terlanggar kereta depan. Lepas je jatuh dari motor, bila nak bangun tu, tangan terasa macam, tergantung gantung. Aku yang tak pernah tahu macam mana rasanya patah tangan, bila rasa tangan tu hanging, on the spot boleh tahu tulang tangan kiri aku patah.

Kakak kereta belakang, pak cik kereta yang aku langgar and sorang abang yang naik motor berhenti tolong aku. Diaorg la yang ada kat tepi highway dengan aku tunggu ambulance sampai. Terima kasih ye. Saya terlupa nak ucap terima kasih haritu :(( Lepas call ambulance, call ayah pulak. Perjalanan tempat kerja ayah dari tempat kejadian, memang jauh. So aku expect jumpa ayah kat hospital nanti.

Ambulance tu memang ambil masa jugak nak sampai. Ada la dalam 15-20 minit tunggu ambulance. Tapi time macam tu  hanya Allah yang memberi kekuatan tanpa any family kat situ. After ambulace sampai, orang ambulance tu cuba straight kan tangan. Pergh!! time nk straight kan tulang tu, sakitnya cuma Allah yang tahu. Then, masuk van ambulance cucuk jarum kat belakang tangan and abang ambulance inject ubat tahan sakit. Terus aku dihantar ke Hospital Shah Alam. Aku dikategorikan Zon Hijau. So, daftar kat kaunter and ambil nombor giliran. Bayaran RM1. huhuhu..baru lepas accident, kene beratur nak tunggu dirawat. Tak lama lepas tu, ayah sampai. Lega sikit rasa.

Doktor buat xray nak tengok keadaan tulang. Left upper arm aku patah. Tulang ni namanya humerus bone. Aku google kot nak tahu nama tulang tu. Haha..Search Anatomy Human.

Ini la rupa tulang aku yang patah. Alhamdulillah saraf jari jemari tak effect. 
Untuk kes aku ni, tak perlu buat surgery terus. Doktor simen dulu sebab tulang boleh bercantum semula tanpa masuk besi. Next appointment lagi 2 minggu.

Aku kene simen macam ni la. Anduh pergelangan tangan - Gambar Hiasan
Cara simen ni dipanggil u slab and pergelangan tangan digantung ni dipanggil collar and cuff.

Kehidupan Harian 

Ok, ni aku nak story pengalaman 2 minggu hidup dengan tangan bersimen. Maybe sesiapa yang patah tangan macam aku boleh la dapat idea macam mana nak meneruskan kehidupan dengan tangan satu.

Pakaian

Btw, aku ni perempuan tak boleh la macam lelaki tak pakai baju. Nak pakai baju memang susah sebab kene keluarkan tangan dari anduh tu aku tak berani plus masih rasa sakit sikit tangan ni. So apa aku buat?

 So bra yang sesuai di pakai tanpa perlu keluarkan tangan dari anduh tu :

Bra tali gantung kat leher

Strap/Tali bra yang boleh dicabut.
Ini antara yang aku boleh suggest la. 1 minggu pertama aku tak pakai baju. Just pakai bra and tutup badan dengan selendang yang bercorak corak. Aku tak pakai seluar. Everyday pakai kain baju kurung. 

Minggu 2, tangan tak berapa sakit and dah berani keluarkan tangan dari anduh, aku pakai singlet and seluar pendek. Rumah aku rumah kayu, so singlet and seluar pendek sangat sesuai dengan cuaca panas tengah hari compare pakai selendang and kain. 

Membersihkan Diri

Ok just nak share la. 2 minggu pertama aku tak mandi. Just lap bahagian badan dengan kain basah. Kalau tak de orang kat rumah, wet tissue sangat membantu nak lap badan. Aku guna wet tissue baby tu.

Then bahagian pinggang ke bawah tu bersihkan macam biasa , letak liquid soap kat brush shower yang ada pemegang tu :

Getah paip sangat membantu bila ada tangan satu. So pasang la getah paip so senang nak siram. Tapi hati-hati ye, simen tu tak boleh kene air. Nanti simen tu akan jadi lembut, sebab simen tu actually sejenis plaster. Tak silap nama plaster tu Plaster of Paris.

Gosok gigi and cuci muka kat sinki. Seminggu aku tak shampoo rambut sebab belum boleh bongkokkan badan. Minggu ke-2 baru boleh bongkokkan badan dengan selesa. Mama yang tolong shampoo kan rambut.


Pemakanan

Doktor tak ada pulak bagitahu patang makan. So aku macam biasa, tapi portion nasi aku kurangkan. Just makan suku pinggan nasi sebab aku tak banyak buat pergerakan. Lebihkan sayur, dengan portion sayur separuh pinggan. Makanan goreng2 pon aku kkurangkan sebab bila tangan patah ni, aku tau macam mana nak exercise.

Untuk pertumbuhan tulang, of course la minum susu. 2 kali sehari aku minum susu. Aku tak suka susu. Tapi paksa jugak minum. Susu yang aku minum jenama Anlene tapi yang ada perisa coklat tu. 

Yang ni 250g harga promo RM9.90

Wuduk

Macam mana pulak bila nak berwuduk? Ok yang ni aku google, cara ambil wuduk bagi orang disimen bahagian anggota yang perlu diratakan air. Menurut ustaz Azhar Idrus,





Tidur

Aku tak tidur dengan keadaan baring. Everyday aku tidur duduk. Tapi bukan duduk tegak tu. Belakang badan alas dengan bantal. Sebab abang yang simen tangan tu kata, tangan awak perlu sentiasa hanging, so tidur tu dalam keadaan duduk. So paling selesa tidur atas kerusi malas. 

PS: Jangan lupa genggam2 and gerakkan jari jemari tangan yang disimen. Kalau diam je, tangan dan jari akan lemah.


First Appointment

Last Monday appointment dengan doktor. Pergi dengan ayah ke Hospital Shah Alam. Daftar nama di Bangunan Klinik Pakar. Untuk first appointment ni, percuma, next appointment bayar RM5. Lepas daftar nama, naik tingkat 3 (Bahagian Ortopedik). Sebelum jumpa doktor, buat xray dulu nak tengok keadaan tulang. Pakaian aku time pergi hospital, pakai singlet hitam, kain hitam, then pakai sweater. Tudung pashmina kat luar, aku selempang kan ke tangan kiri, so tak nampak la tangan tu berbalut. 

Tulang aku ada gap and nampak senget sikit.
Disebabkan itu, doktor nak simen lagi sekali nak bagi rapat and straight kan lagi tulang tu. Doktor kata kalau tulang tu tumbuh senget, maybe pergerakan tangan tu akan terbatas, macam tak boleh depa tangan tinggi macam sebelum ni. Tulang aku ni pon tak nampak ada pertumbuhan tulang. So sebulan lagi kita tengok, kalau tulang tu dah mula tumbuh. Memang ambil masa tulang nak tumbuh. Semakin tua umur, semakin lama masa diambil. Patah tulang humerus boleh sembuh tanpa surgery, tetapi kalau after a month, tulang masih tak tumbuh, kemungkinan besar akan masuk besi. Kelebihan masuk besi ni, tulang akan betul2 straight and betul betul rapat. So pertumbuhan tulang akan lebih cantik.

Then pergi la simen lagi sekali, pastu xray lagi.

Ni after simen yang baru, tengok macam straight la sikit, tapi ada jugak gap nya. Entah la..doktor tu kata macam dah rapat sikit. Aku tengok sama je. Tak apa lah, dah doktor kata macam tu ikut je la.
Next appointment sebulan lagi. Aku update lagi.

Bagi anda yang maybe sama kes macam aku, jangan sedih lama sangat. Muhasabah diri. Mungkin Allah sedang uji kita dan mungkin kita dah lama lalai dengan dunia. Waktu sakit ni la sangat baik untuk dekatkan diri Allah. Semoga anda cepat sembuh. Doakan juga untuk saya. Aku sebenarnya takut buat surgery. Harap sgt tulang tu cepat sembuh. Nak kerja balik :(( bosan gila duk rumah lama2.


All the best!

Wasalam. 

:)











24 comments:

  1. asmlkum mcm mna tgn sis skrg.. sy patah tempat yg sama mvmcm sis humerus dan juga tgn kiri.. sy acc 29/8 ritu.. skrg tulang msih xcntum lg.. lg 2weeks klu xcntum mgkin sy kena operate­čśö

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis..boleh xnk berkongsi pengalaman...saya pun tmpt yg sama tp tangan kiri..baru je xcident bln 10

      Delete
  2. Salam sis lily...bagaimana ye keadaan sis lily sekarang...saya pun patah macam sis..xcident bln oct..kalau xkeberatan boleh xnk berkongsi pengalaman...saya bln 1/2019 operate utk masuk besi

    ReplyDelete
  3. hubungi saya semua kos rawatan saya byr khidmat guaman mgsa kemalangan 0183730304

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam. Sis dah operate ke? Saya pun macam sis.

    ReplyDelete
  6. Salam. Sis dah operate ke? Saya pun macam sis.

    ReplyDelete
  7. Hai sis nainna. Saya sekarang still pakai simen. Dah nak masuk 3 bulan. Next tca 12 march. Sis macam mana? Operate ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai amie...sy dlu mcm awak jugak..3 bln pakai simen...tulang xcantum jugak..sy operate bln 1..skrg dlm tempoh fisio..bg sy kalau doc suggest utk operate baik buat awl2..

      Delete
    2. Sis dah operate? Alhamdulillah selamat semuanya. Tulang baru tak tumbuh lansung ke sis? Semalam saya dah bukak simen. Alhamdulillah. Cuma sekarang kena fokus bahu pulak. Sebab bahu dislocated. Sis boleh tak sis email saya nanti kita boleh share pengalaman. amie.azmi92@gmail.com

      Delete
  8. Salam..sy pun patah tangan humerus oada 27.10.2019...doktor x bg operrate .dia bg pakai simen....yg buh simen ada x yg dah cantum

    ReplyDelete
  9. Masa patah lengan humerus..memang tangan kita x ley nak angkat ker?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sis..saya senasib dgn sis..cuma saya patah sebelah tgn..skg dah masuk 2 bulan tp still xsembuh lagi..since tulang baru dh tumbuh doc ckp if nk operate trlalu risiko sebb takut saraf putus...saya pun kadang2 feel down...But..ayat sis d last paragraph tu buat saya naik smgt sikit..saya xtunjuk sedih dpn parent sbb saya takut diorang more sad..saya tunjuk saya hepi jrr depan diorg...kalau boleh saya nk kata2 smgt from sis utk pulihkan down saya..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasuup sy suhaidi 0174767430 ilyani

      Delete
    2. Kalau tulang baru dh tumbuh kenapa nk kena operate yer..
      Tulang baru tu Salah tempat tumbuh ker mcmana... Sb Saya pakai simen dua bulan lebih lepas bukak tangan bengkak sikit dn Tak boleh lurus habis..doc refer Saya buat fisioterapi..sb Kat siku saya sakit sikit..doc ckp tulang Saya dah tumbuh to dia baru lagi so x bole angst berat2 dn suruh pakai anduh...

      Delete
  11. Dah cantum tapi tangan bengkok..cekang selamanya..nak bedah balik risiko tinggi..cacat dah tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pakai simen berapa lama ?

      Delete
    2. Suhaidu awak pakai simen berapa lama yer? Saya pakai simen dua bulan 8 Hari mcm tu tp lepas bukak tangan bengkak Dan Tak boleh lurus habis masih rasa sakit dekat siku ..doc ckp tulang Saya dah sambung to blm kuat masih baru...so dia refer Saya buat fisioterapi..

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Sya kena tempt tulang patah yg sama nn sis .. cuma sya x dk gap mcm sis tpi xray masa first appointment nn doc tulang lari sikit so dia blh tegak tak?? even x ubah lgi simen.. klu operate plk sllunya kekal ke nnti dia buang? Doakan sya smbung bln ni sbb nm smbung bljr huhu

    ReplyDelete